Tuesday, 2 December 2014

Novel-novel Melayu Mutakhir : Analisis Cerminan Nilai Budaya Bangsa - Ramli Isin

Persoalan demi persoalan dilontarkan sama ada novel-novel mutakhir ini mencerminkan budaya bangsa dalam karya yang dihasilkan ataupun tidak. 


‘Sejauh mana sesebuah novel mencerminkan nilai budaya bangsa?







Karya dari genre novel mendapat sambutan hangat pada era ini apabila drama yang diadaptasi dari novel mulai diterima di kalangan penonton. Strategi menampilkan pelakon muda yang kacak dan jelita dalam drama adaptasi novel ternyata berjaya memikat hati. Ada juga yang mengenali novel selepas ketagih menonton drama yang ditayangkan di stesen televisyen sehinggakan novel kehabisan stok akibat permintaan yang tinggi. Kehebatan sesebuah novel terletak kepada kehebatan jalan cerita dan konflik yang menarik dan dekat dengan masyarakat hasil pemerhatian dan tafsiran meluas pengarang. Corak hidup realiti yang berlaku dalam kehidupan masyarakat atau realisme lebih mudah mendapat penerimaan masyarakat. Namun begitu, tema cinta yang ulang tayang dimainkan sesekali menimbulkan rasa bosan terhadap khalayak.








Novel-novel mutakhir yang mendapat perhatian penonton adalah dari novel popular berbanding novel sastera. Tidak dapat dinafikan bahawa novel sastera lebih menekankan gaya bahasa indah dan murni serta pemikiran yang menjelmakan cerminan budaya bangsa, tapi sayang tidak mendapat tempat di hati pembaca. Buktinya, banyak karya novel sastera yang masih belum terjual dan terpaksa dijual dengan harga murah. Walaubagaimanapun, karya novel sastera masih ada peminat yang menanti karya baru yang lebih segar dari penggiat sastera tanah air. Oleh yang demikian, pihak Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Penulis Nasional(PENA) dan Berita Harian(BH) telah mengadakan Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH bagi menggalakkan karya baru dengan penerbitan kulit buku yang menarik dan berkualiti. Satu pujian harus diberikan atas usaha murni menggalakkan usahasama memartabatkan karya sastera yang mesra pembaca. Manakala, novel popular yang menjadi kegilaan hari ini, lebih memaparkan pengisian aspek-aspek percintaan remaja, cerita seram, konflik keluarga, dendam dan sebagainya. Hakikatnya, novel popular lebih memenuhi kehendak pasaran atau untuk tujuan komersial berbanding novel sastera. 


Walaubagaimanapun, karya novel popular memaparkan mesej yang baik buat khalayak tetapi perlu diseimbangkan juga dengan pemikiran tinggi cerminan budaya bangsa merdeka yang tinggi akal budi dan santun bicara.

No comments:

Post a Comment