Pembentangan akhir bagi subjek Kesusasteraan dan Falsafah Melayu (SKMM 6013) telah diadakan pada 17 Disember 2014 di Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pembentangan berkisar sekitar cabaran fahaman Liberalisme dengan Pandangan Islam.
Semoga fahaman Liberalisme ini dapat ditangani dengan baik agar kemaslahatan umat sejagat terbela. Umat Islam perlu berwasatiyyah dalam segala perkara dan istiqamah dalam membekalkan ilmu, amal dan yakin yang benar di dalam hati terhadap tuntutan agama. Agama telah sempurna, namun agama belum sempurna di dalam hati umat Islam. Maka, pengisian iman, amal dan taqwa diperlukan ibarat mengisi segayung air ke dalam kolah, walau zahirnya nampak seperti tiada perbezaan, namun percayalah, hakikatnya isipadu air tersebut telah bertambah.
Daunan lebar menimpa dahan,
Sungguhlah lebat penuh berduri,
Jangan dicabar aturan Tuhan ,
Kelak dilaknat merana diri.
No comments:
Post a Comment