'From the perspective of Islam, a 'worldview' is not merely the mind's view of the physical world and of man's hostorical, social, political and cultural involvement in it as reflected, for example, in the currenment in it as reflected, for example, in the current Arabic expression of the idea formulated in the phrase nazrat al-islam li al-kawn.'...
Apakah pengertian bagi istilah Arab yang merujuk kepada nazrat al-islam li al-kawn ?
Ia merujuk kepada spekulasi akal atau falsafah dalam mencari kebenaran. Umum mengetahui bahawa Islam sangat kaya dengan tradisi keilmuan dan berilhamkan ajaran serta prinsip Al-Quran dan sunnah Rasulullah.
Melalui artikel ini, pemakalah lebih memperihalkan tentang pandangan dari sudut Islam itu sendiri. Pandangan Islam bukan hanya tertumpu kepada fizikal (sesuatu nyata yang dapat dilihat dengan pancaindera) dan logik akal semata-mata walhal mencakupi kehidupan di dunia dan akhirat. Dunia ibarat jambatan menuju ke kampung akhirat yang kekal selamanya (abadan abada). Namun, Islam tidak pernah mengajar umatnya menolak dunia sepenuhnya malahan menyaran agar berusaha seolah-olah akan hidup 1000 tahun lagi tetapi meletakkan batas agar tidak mengejar dunia tanpa bekalan di Akhirat sana. Beribadahlah seolah-olah kamu akan mati esok, menuntut umat Islam agar sentiasa bersegera membuat kebajikan dan ingat (zikir) Allah pada setiap waktu dan ketika walau di mana jua berada. Dunia sebagai jambatan, bererti sebagai tempat sementara yang menjadi persinggahan kerana destinasi utama adalah Akhirat. Segala bekalan hanya dapat disemai di dunia ini kerana Akhirat tempat perhitungan balasan baik dan buruk. Umat hari ini tidak sedar bahawa apabila terputus nyawa dari jasad, maka bermulalah kehidupan Akhirat seorang hamba. Manusia sejak dalam rahim ibu telah menzahirkan keimanan namun dihantar ke atas muka bumi atas maksud ujian. Setiap orang berlainan ujian yang diterima. Setiap ujian adalah tanda kasih sayang seorang Pencipta kepada hambanya dan pastinya tersirat seribu satu hikmah. Ujian adalah tarbiyyah dari Allah. Iman ibarat elektrik. Jika tiada elektrik, maka penghawa dingin tidak berfungsi, kipas tidak dapat berpusing, lampu tak dapat menyala; begitulah dengan amalan kita apabila iman lemah, maka nak baca Quran pun payah, solat pun malas. Sebaliknya, jika iman sedang meningkat, sehari dapat habiskan 1 juz Quran dan sebagainya. Iman adalah meyakini 100% perkara-perkara ghaib dan hanyasanya Allah jua yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, selain daripada Allah adalah makhluk ciptaanNya. Benda ghaib seperti syurga, neraka, dosa, pahala dan lain-lain perlu diyakini oleh umat Islam kerana semua itu adalah tanda keagungan dan kebesaran Allah. Oleh sebab itu, segala ganjaran pahala tidak dizahirkan Allah untuk melihat keyakinan hambaNya terhadap janji Allah. Sesungguhnya janjiNya adalah benar dan pasti. Innala la tuhliful mia'ad yang bermaksud Allah tidak pernah memungkiri janji.
Dunia ini tidak bersalah kerana Allah jualah yang menciptakan segala yang berada di atas 7 lapis langit dan 7 lapis bumi. Akan tetapi, manusia itu sendiri yang menjadikan ia sebagai manfaat atau mudarat. Saya boleh ibaratkan dunia umpama pisau; terpulang kepada penggunanya. Jika pisau tersebut digunakan oleh tukang masak untuk memotong daging dan sayur, maka ia memberi manfaat untuk menghasilkan sebuah hidangan buat tetamu. Walhal, sekiranya pisau tersebut digunakan untuk membunuh orang, maka ia telah membawa mudarat. Dunia ini bukan tempat untuk kita tinggal selama-lamanya, tetapi untuk kita tinggalkan menuju Akhirat yang selama-lamanya. Barat hanya memandang kehidupan mereka terpisah dengan agama berdasarkan logik akal sedangkan umat Islam bertauhidkan Allah yang Maha Esa. Zat Allah tidak dapat digambarkan melalui keterbatasan akal manusia yang terhad terhadap rupa fizikal, tetapi cukup sekadar melihat kepada kebesaranNya yang Maha Hebat. Tidak akan wujud alam semesta yang ditadbir elok sebegitu rupa tanpa ada Pencipta yang Maha Berkuasa, yakni Allah. Sifat 20 Allah yang membezakan keagungan sifat Allah dengan makhluk ciptaanNya. Allah wujud tiada bertempat, Allah berdiri dengan sendiri dan lain-lain. Ilmu manusia berbanding ilmu Allah ialah ibarat setitis air di lautan luas tiada penghujung.
Dunia ini tidak bersalah kerana Allah jualah yang menciptakan segala yang berada di atas 7 lapis langit dan 7 lapis bumi. Akan tetapi, manusia itu sendiri yang menjadikan ia sebagai manfaat atau mudarat. Saya boleh ibaratkan dunia umpama pisau; terpulang kepada penggunanya. Jika pisau tersebut digunakan oleh tukang masak untuk memotong daging dan sayur, maka ia memberi manfaat untuk menghasilkan sebuah hidangan buat tetamu. Walhal, sekiranya pisau tersebut digunakan untuk membunuh orang, maka ia telah membawa mudarat. Dunia ini bukan tempat untuk kita tinggal selama-lamanya, tetapi untuk kita tinggalkan menuju Akhirat yang selama-lamanya. Barat hanya memandang kehidupan mereka terpisah dengan agama berdasarkan logik akal sedangkan umat Islam bertauhidkan Allah yang Maha Esa. Zat Allah tidak dapat digambarkan melalui keterbatasan akal manusia yang terhad terhadap rupa fizikal, tetapi cukup sekadar melihat kepada kebesaranNya yang Maha Hebat. Tidak akan wujud alam semesta yang ditadbir elok sebegitu rupa tanpa ada Pencipta yang Maha Berkuasa, yakni Allah. Sifat 20 Allah yang membezakan keagungan sifat Allah dengan makhluk ciptaanNya. Allah wujud tiada bertempat, Allah berdiri dengan sendiri dan lain-lain. Ilmu manusia berbanding ilmu Allah ialah ibarat setitis air di lautan luas tiada penghujung.
Islam bukanlah agama dan sistem pemikiran yang muncul melalui unsur budaya yang dibantu oleh ilmu sains semata-mata. Sebaliknya, merupakan agama wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada para nabi untuk disebarkan kepada umat. Syed Naquib Al-Attas juga berpendapat bahawa ilmu bukan dimiliki oleh akal manusia dan hasil perolehan sifat. Bahkan, ilmu perlu dipertimbangkan kesahihan pendapatnya. Islam adalah agama yang benar dengan ayat-ayat yang diturunkan Allah SWT sebagai panduan orang Islam. Kitab ini merupakan wahyu terbesar yang diturunkan dan dijamin keasliannya dalam mengenal PenciptaNya. Dalam Islam, kewujudan Tuhan adalah melalui wahyu yang diturunkan para nabi dan rasul dalam mengenal Tuhan yang Esa (makrifatullah) iaitu Allah S.W.T.
Dalam Surah Al-Kahfi Allah SWT menyebut, maksudnya:
' Sesungguhnya Kami telah jadikan apa-apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah diantaranya yang lebih baik amalnya.'
(Surah al-Kahfi 18:7)
' Sesungguhnya Kami telah jadikan apa-apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah diantaranya yang lebih baik amalnya.'
(Surah al-Kahfi 18:7)
Dunia tanpa sempadan yang serba canggih bagaikan sumpahan yang merasuki manusia sehingga taksub dengan ciptaan teknologi. Dunia di hujung jari membuatkan manusia leka dan asyik dengan gajet dan aplikasi terkini yang membuatkan ketagihan hingga terlepas kewajipan yang dituntut dalam agama. Malang sekali, akidah juga terjual dek kealpaan sendiri yang dikaburi limpahan kemodenan yang bersifat sementara. Kehidupan sehari-hari bagai tiada arah tujuan, ibarat memanah tanpa sasaran hinggakan lupa maksud sebenar manusia dihidupkan atas muka bumi ini. Lirik lagu Fata Morgana nyanyian Hijjaz menyatakan bahawa harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa lelaki yang beriman sebagai ujian.
Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.AW. menerusi al-Quran untuk disebarkan kepada umat manusia. Oleh itu, al-Quran menjadi panduan dan rujukan kepada umat Islam dalam kehidupan seharian. Sifat-sifat Allah, sirah para anbia, kejadian alam dan sebagainya terakam di dalamnya. Setiap perlakuan, tindakan, pemikiran haruslah berteraskan ajaran Islam agar tidak terpesong dari syariat yang digariskan oleh Allah S.W.T. Justeru itu, pengajaran yang terdapat di dalam al-Quran dapat dijadikan rujukan bagi mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat. Jelaslah bahawa pandangan hidup Islam mementingkan kehidupan akhirat dan dunia adalah persinggahan yang sementara, yang kekal hanyalah akhirat yang ditunjangi bekalan yang dilakukan semasa di dunia.
Dikotomi ilmu Islam yakni ilmu fardhu 'ain dan ilmu fardhu kifayah adalah jenis ilmu yang ditetapkan oleh syarak. Tunjang keimanan yang menjadi rukun; percaya kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, hari Akhirat serta Qada' dan Qadar tidak boleh difikirkan melalui pendekatan saintifik, mantik dan rasional. Hakikatnya, kekuasaan Allah tidak dapat terfikir oleh akal manusia yang terbatas. Kisah para anbiya' yang banyak diceritakan hanyalah sedikit dari keagunganNya. Lihat, bagaimana pemuda Ashabul Kahfi yang 109 tahun di dalam gua tanpa satu asbab makanan untuk hidup mampu bernyawa lagi. Begitu jua, Nabi Musa yang membelah lautan dengan tongkat, walhal dari segi logik akal takkan terjadi sebegitu rupa. Inilah sebahagian kehebatanNya yang cuba dinafikan oleh Barat kerana keegoan mereka. Begitu juga dengan sains, Allah itu adalah Pencipta sains itu sendiri. Sains adalah ilmu yang berusaha untuk memahami tabii alam secara sistematik. Namun, apabila pengamal sains tidak mempunyai pegangan iman, maka kerosakan ekosistem dan pencemaran alam yang berterusan adalah hasil tangan pengaut untung berganda. Mereka mahu dikatakan sebagai masyarakat yang maju kehadapan, hingga ingin membuktikan kehebatan mereka di mata dunia seperti mengkomersialkan pembedahan plastik, pemakaian susuk dan sebagainya sedangkan mencipta sebelah kepak nyamuk pun tak mampu. Sesungguhnya, manusia adalah makhluk sebaik-baik ciptaan Allah.
Al-Quran mengajak manusia berfikir, menilai wahyu dengan teliti dan rasional. Firman Allah yang bermaksud: 'Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi al-Quran ? Kalaulah al- Quran itu tidak datang dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.' ( Surah al-Nisa' 4:82)
Fikirlah dengan mata hati kerana di situ ada jawapan sebenar. Pandangan mata selalu menipu, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan HATI itu yang hakiki.
No comments:
Post a Comment