MENURUT Imam Mohamed Baianonie, istilah Arab, wasat, membawa tiga makna, iaitu to be moderate, to be in the middle, and to be the best. Therefore, when Allah s.w.t describes the Muslim Ummah as a nation that is Wasat, Allah means that we are moderate, we are an Ummah that is in the middle, and that we are the best nation. Atawasoot in an Islamic sense means that the Muslim should try his best to be moderate in all of his affairs, and he should keep away from extreme practices and making extreme statements.
Kata Dr Ridhuan Tee, "alangkah hebatnya umat Islam jika mereka dapat menyelami dan memahami serta mempraktikkan konsep wasatiyyah ini."
Konsep ‘wasatiyyah’ ini ingin melahirkan masyarakat berimbang (sederhana), berteraskan perlembagaan persekutuan. Seperti gagasan 1Malaysia, konsep ini bukanlah sama rata dan sama rasa atau terletak di tengah-tengah seperti tidak miskin atau tidak kaya, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk, persimpangan antara syurga dan neraka, tidak pandai atau tidak bodoh yakni sederhana sahaja.
Tuntutan ‘wasatiyyah’ mahukan kita menjadi umat yang terbaik. Boleh menjadi kaya-raya tetapi jangan sampai hilang pedoman sehingga lupa tanggungjawab kepada Maha Pencipta dan makhluk yang dicipta. Boleh membangun, jangan sampai pembangunan itu merosakkan akal budi manusia dan alam sekeliling.
Tuntutan ‘wasatiyyah’ mahukan kita menjadi umat yang terbaik. Boleh menjadi kaya-raya tetapi jangan sampai hilang pedoman sehingga lupa tanggungjawab kepada Maha Pencipta dan makhluk yang dicipta. Boleh membangun, jangan sampai pembangunan itu merosakkan akal budi manusia dan alam sekeliling.
Kita tidak boleh terlalu mengejar dunia sehingga mengabaikan akhirat. Begitu juga sebaliknya, terlalu mengejar akhirat, hingga melupakan dunia. Apapun, kena berimbang. Nabi pernah menegur beberapa sahabat yang terlalu mementingkan akhirat sehingga melupakan nikmat dunia, misalnya tidak mahu berkahwin kerana ada yang menganggap perkahwinan itu hanyalah mainan dunia sehingga boleh melalaikan tanggungjawabnya kepada Pencipta. Tetapi Nabi juga berkahwin, bermakna dunia adalah jambatan ke akhirat. Jadikanlah kehidupan dunia sebagai semaian benih kebajikan terbaik untuk mendapat ganjaran di akhirat.
FirmanNya dalam surah at-Taubah, ayat 42, yang bermaksud: “Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu, tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka.”
Memang menjadi tabiat semulajadi manusia jika membuat sesuatu pekerjaan, dia mahu melihat natijahnya dengan segera. Firman Allah dalam surah al-Anbiya, ayat 37, yang bermaksud: “Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya.”
Apa guna tilam yang mahal dan empuk, jika tidak dapat tidur yang nyenyak? Apa guna mahligai besar, jika suasananya sunyi sepi ibarat kubur? Apa guna wang dan harta jika tidak dapat membeli bahagia? Alangkah indahnya hidup ini, jika kita dapat kesemuanya, pada masa sama kita bahagia, ceria dan dapat tidur dengan nyenyak. Semuanya itu adalah anugerah daripada Allah s.w.t.
Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) ditubuhkan sejajar dengan iltizam YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah mengetengahkan pendekatan kesederhanaan ataupun wasatiyyah dalam mengemudi umat dan negara bagi menghadapi cabaran pada masa sekarang dan akan datang.
Justeru itu, Institut Wasatiyyah Malaysia ditubuhkan atas beberapa objektif :
- Menyumbang ke arah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang menghayati nilai-nilai dan etika yang unggul berteraskan konsep wasatiyyah dalam segenap aspek kehidupan. Memberi tumpuan terhadap aspek kesederhanaan dan keseimbangan menerusi rasa hormat terhadap demokrasi, peraturan dan undang-undang, pendidikan, maruah dan harga diri seseorang, serta keadilan sosial.
- Menjadi pusat kepada perkembangan dan percambahan idea bagi membanteras segala kegiatan ekstremis.
- Mengumpulkan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang untuk berbincang, memberikan pandangan dan menganalisa perkara yang berkaitan wasatiyyah
Sesuatu tindakan yang boleh disifatkan bijaksana, dalam pendekatan falsafah Melayu ialah menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus manakala tepung tidak terburai.
Tindakan menggunakan pendekatan sederhana dan seimbang bukan bermakna pengecut ataupun terlalu berlembut. Ia adalah sebuah pendekatan yang dalam konteks psikologi pengurusan atau perundingan ialah strategi "menang-menang" dan dalam keadaan itulah ia dinamakan sebagai "situasi bijaksana."
Kebijaksanaan itulah yang amat diharapkan lahir daripada jiwa manusia yang sanggup mendahulukan rakyat dan melonjakkan prestasi, dan bukannya daripada mereka yang hanya tahu bercakap, mengkritik, mencaci dan merendah-rendahkan keupayaan orang lain bagi menutup kelemahannya.
Sikap melampau memang sentiasa berada dalam kerugian, kerana yang dikejar itu adalah bayang-bayangnya sendiri yang hanya muncul sekadar visual dan bukannya berbingkai serta boleh dipegang.
No comments:
Post a Comment