Sunday, 8 February 2015

Kisah-Kisah di Dada Akhbar



Pelbagai isu yang menarik perhatian pembaca belakangan ini. Berikut dipaparkan beberapa keratan akhbar atas talian yang dikumpul atas kapasiti sebagai bahan berat yang boleh diperbincangkan.


1) Indeks Syariah bakal diperkenalkan bagi mengukur gaya hidup orang Islam. Sememangnya, Islam agama yang syumul dan telah pum dimaktubkan dalam Quran dan Hadis tentang suruhan Allah yang perlu ditaati dan laranganNya yang perlu ditinggalkan. indeks Syariah ini merupakan satu pendekatan baru yang ingin diperkenalkan kepada seluruh umat beragama Islam, Sememangnya, pembaharuan ini dipandang baik, cuma rakyat ternanti-nanti apakah elemen yang digariskan dalam Indeks Syariah ini dan pelaksanaannya nanti. Semoga pendekatan ini mampu memberi anjakan yang lebih baik secara keseluruhannya.



2) Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen telah menyentuh sensitiviti umat Islam apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempromosi ektremisme menerusi khutbah Jumaat. Walaubagaimanapun, beliau telah dibebeaskan selepas direman selaman 2 hari. Apapun, dakwaannya ini ternyata tidak benar kerana khutbah Jumaat adalah salah satu syarat dalam menunaikan Solat Jumaat dan isi khutbah adalah bertujuan mengingatkan umat Islam secara berjemaah agar mengingati kepada Pencipta dan bermuhasabah atas kesilapan yang dilakukan untuk menjadi hambaNya ang lebih baik.








3) Ini adalah berkenaan isi kemanusiaan, di mana budak telah dibelasah kerana telah memakan baki makanan.


4) Bagaimana pula seandainya tersilap dipenjara selama 37 tahun?


5) Gara-gara pelukis menghasilkan karya yang lain daripada yang lain iaitu melukis potret Agong dari sisi belakang dalam satu pameran lukisan.


6) Islamophobia sekali lagi menjadi suatu isu yang dibangkitkan untuk melihat umat Islam sesama sendiri berpecah belah.

7) Lagi kisah seorang Cina melempar daging babi ke masjid. Apa sebenarnya sebab pelaku tersebut berbuat demikian?






















8) Penganggur, Mohd Firdaus Said, 29 telah mengaku bersalah dengan merosakkan patung Buddha. Dia bakal berhadapan hukuman penjara s3 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda yang dikenakan.

9) Karikatur Nabi yang dilukis oleh Charlie Hebdo telah menimbulkan rasa marah pada Muslim sehingga Mufti Mesir memberikan amaran kepadanya.


10) Pihak JAKIM telah mengeluarkan kenyataan bahawa kehadiran Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak ke majlis Thaipusam sebagai tidak menyalahi hukum syarak setelah timbul isu tersebut yang dikatakan sebagai menyalahi akidah dan bertentangan dalam agama Islam.




Monday, 12 January 2015

Trend Novel Suami ?

Lelaki bujang yang baru mendirikan rumahtangga tau bergelar suami mendapat tempat di kalangan novelis karya popular untuk mengangkat cerita mereka ke khalayak tontonan umum. Barangkali, pihak penerbitan sudah menjangkakan penerimaan peminat novel untuk membaca kisah mereka. Ya, tepat sekali ramalam mereka apabila MPH yang baru sahaja mengeluarkan kejayaan novel bertemakan "Suami" mendominasi 10 buku jualan terlaris.





















Fenomena ini tidak berhenti sekadar di sini sahaja. Sutradara di kaca televisyen mahupun layar perak sedang mengintai peluang yang terhidang dengan mengadaptasikan novel-novel ini sebagai hidangan penonton dengan memaparkan aktor dan aktres muda yang tampan dan jelita mendukung watak utama. 








Persolannya ;

Mampukah novel sebegini bertahan dalam jangka masa 20 tahun dari sekarang? Apakah impaknya kepada anak muda yang menonton? Adakah pula fenomena novel bertemakan kisah "Isteri" pula yang akan berganti tempat selepas ini?

Sunday, 11 January 2015

Catatan Matluthfi


Matlutfi
Hangat! Dari Vlog ke Buku dan E-buku..




Seronok sangat ke buku ni sampai habis dah stok?




Mungkin kita suka baca diari orang sebab dia rajin mencatat. Macam-macam kisah dan peristiwa habis dirakam. Tapi, ada lagi ke orang menulis diari waktu dunia sedang di hujung jari ni? Kalau adapun, mesti tak ramai. Yelah, zaman sekarang ni semua masuk dalam nota gajet canggih masing-masing. 
Matluthfi tampil dengan sebuah buku yang menghimpunkan segala kisah-kisah mistik, fatamorgana dan epik pun ada dalam buku ini (betul ke?). Namun, sudah pasti tidak mampu menandingi kisah realiti dan pemerhatian tajam penulisnya.
Buku kedua Puteh Press ini pasti akan membawa pembaca mengenali sosok Matluthfi dengan lebih dekat dan lebih intim (hehe), dan yang paling penting mengenal diri kalian sendiri. 

Falsafah menikam sampai tergelak sendirian. Hehe. Jom tengok sedikit cebisan helai-helai yang pedih bak sembilu :

Korban kuliah? Haha,.


Masbuk ke?


Terrorist kan? Nah..


Apa masalah tayar?


Suci dalam debu..


Perghh.. 

Patutlah bestseller buku ni, sarat sindiran tajam dari pengalaman. Terbaik. Saya dah memiliki. Menusuk kata-kata, patutlah pedih sambil menitis airmata. Tahniah, Mat !