Monday, 12 January 2015

Trend Novel Suami ?

Lelaki bujang yang baru mendirikan rumahtangga tau bergelar suami mendapat tempat di kalangan novelis karya popular untuk mengangkat cerita mereka ke khalayak tontonan umum. Barangkali, pihak penerbitan sudah menjangkakan penerimaan peminat novel untuk membaca kisah mereka. Ya, tepat sekali ramalam mereka apabila MPH yang baru sahaja mengeluarkan kejayaan novel bertemakan "Suami" mendominasi 10 buku jualan terlaris.





















Fenomena ini tidak berhenti sekadar di sini sahaja. Sutradara di kaca televisyen mahupun layar perak sedang mengintai peluang yang terhidang dengan mengadaptasikan novel-novel ini sebagai hidangan penonton dengan memaparkan aktor dan aktres muda yang tampan dan jelita mendukung watak utama. 








Persolannya ;

Mampukah novel sebegini bertahan dalam jangka masa 20 tahun dari sekarang? Apakah impaknya kepada anak muda yang menonton? Adakah pula fenomena novel bertemakan kisah "Isteri" pula yang akan berganti tempat selepas ini?

Sunday, 11 January 2015

Catatan Matluthfi


Matlutfi
Hangat! Dari Vlog ke Buku dan E-buku..




Seronok sangat ke buku ni sampai habis dah stok?




Mungkin kita suka baca diari orang sebab dia rajin mencatat. Macam-macam kisah dan peristiwa habis dirakam. Tapi, ada lagi ke orang menulis diari waktu dunia sedang di hujung jari ni? Kalau adapun, mesti tak ramai. Yelah, zaman sekarang ni semua masuk dalam nota gajet canggih masing-masing. 
Matluthfi tampil dengan sebuah buku yang menghimpunkan segala kisah-kisah mistik, fatamorgana dan epik pun ada dalam buku ini (betul ke?). Namun, sudah pasti tidak mampu menandingi kisah realiti dan pemerhatian tajam penulisnya.
Buku kedua Puteh Press ini pasti akan membawa pembaca mengenali sosok Matluthfi dengan lebih dekat dan lebih intim (hehe), dan yang paling penting mengenal diri kalian sendiri. 

Falsafah menikam sampai tergelak sendirian. Hehe. Jom tengok sedikit cebisan helai-helai yang pedih bak sembilu :

Korban kuliah? Haha,.


Masbuk ke?


Terrorist kan? Nah..


Apa masalah tayar?


Suci dalam debu..


Perghh.. 

Patutlah bestseller buku ni, sarat sindiran tajam dari pengalaman. Terbaik. Saya dah memiliki. Menusuk kata-kata, patutlah pedih sambil menitis airmata. Tahniah, Mat !